PROJEK KEJURUTERAAN SAINS DALAM ISLAM
PROJEK: SABUN BUKU AJAIB(MPU 23052)
NAMA PENSYARAH: PUAN ZUNAIDAWATI BINTI MAT DAUD
NAMA AHLI: MUHAMMAD AIMAN BIN MOHD SHAFFIE(04DAD22F1013)
ISKANDAR ZULKARNAIN BIN AZIZ(04DAD22F1022)
UMI JAMILAH BINTI MUHAMAD AFANDI (04DAD22F1041)
MUHAMMAD SIRAJUDDIN BIN SAMSUDIN(04DKA22F1035)
PENGHARGAAN
PENGHARGAAN
Segala puji bagi Allah S.W.T serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Alhamdulillah, dengan limpah kurnia serta inayah darinya dapat juga kami menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan. Di sini, kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ustazah Zunaidawati Bte Mat Daud iaitu pensyarah kami bagi subjek ini diatas bimbingan serta tunjuk ajar beliau sepanjang tempoh pembelajaran.Kami ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga khususnya kedua ibu dan bapa kami. Tanpa sokongan dan dorongan mereka, mustahil kajian ini dapat disempurnakan denganjayanya.
Seterusnya, tidak lupa juga kepada ahli-ahli kumpulan yang begitu cekal dan tabah sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini kerana banyak berkorban masa, tenaga dan kewangan. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Perpustakaan Politeknik Kota Bharu kerana telah memberikan kerjasama yang positif dan jitu. Begitu juga kepada sahabat-sahabat yang banyak memberi sokongan dan nasihat yang membina, kerana banyak dugaan serta cabaran yang telah kami tempuhi sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini.Pengorbanan mereka tidak dapat kami balas melainkan sekadar menghadiahkan kejayaan kami ini.Berkat doa dari mereka juga menjadi bekalan untuk kami terus maju dalam kehidupan.
Akhir kata dari kami, sekali lagi terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam tugasan ilmiah ini.Oleh yang demikian, kami mengharapkan agar maklumat yang kami perolehi ini dapat memberi sedikit sebanyak sumbangan dan maklumat kepada pembaca khususnya.
PENGENALAN
KAMI MERUPAKAN PELAJAR POLITEKNIK KOTA BHARU DAN MENGAMBIL ALIRAN DIPLOMA KEJURUTERAAN UKUR BAHAN KAMI MENJALANKAN PROJEK INI SECARA KUMPULAN DAN MEMILIH PROJEK SABUN BUKU AJAIB SEBAGAI PROJEK UTAMA YANG BERASASKAN TEKNOLOGI TERKINI. KAMI MEMILIH PROJEK INI KERANA KAMI DAPATI BAHAWA KEBERSIHAN DALAM ISLAM ADALAH LAMBANG KEIMANAN DAN KEMULIAAN PERIBADI SESEORANG ISLAM SEBAGAIMANA SABDA RASULULLAH S.A.W
الطهور شطر الإيمان
Maksud: “Bersuci itu sebahagian daripada iman.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 328)
Resipi sabun minyak terpakai:
190 gram air – Boleh guna air suling atau air tapis500 gram minyak terpakai70 gram lye – caustic soda, juga dikenali sebagai 100% sodium hydroxide dan boleh dibeli di kedai hardware.Cara-cara membuatnya:
1. Pastikan korang menggenakan sarung tangan dan juga penutup mata sebelum memulakan langkah mengendalikan lye.
2. Pastikan juga korang tidak menyedut wap yang terhasil. Kacau perlahan-lahan sehingga larutan menjadi jernih. Biarkan seketika sementara menyediakan bahan-bahan yang lain. Biarkan suhu bancuhan hingga menjadi suhu bilik.

3. Pada suhu yang sesuai, campurkan bancuhan lye ke dalam minyak perlahan-lahan dan kacau sehingga anggaran 5 minit. Kedua-dua bahan perlu bercampur rata sebelum anda perlu terus memukul larutan seperti membuat adunan kek (boleh juga gunakan pemukul telur atau whisk). Larutan dikira sempurna apabila ia menjadi likat dan meninggalkan kesan apabila ia ja tuh ke atas permukaan larutan tersebut.
4. Kacau dan kacau menggunakan whisk. Kalau kita gunakan minyak lebihan menggoreng memang bancuhan kita ni jadi oren pekat. Ianya tetap bahan semulajadi iaitu minyak.

5. Sebati sebegini bermaksud semua bahan tadi dah bersatu dan sekata.
6. Sekarang boleh masukkan dalam acuan ikut kesukaan masing-masing. Dalam projek kitar semula, biasanya kotak susu & santan UHT digunakan. Cawan kertas terpakai juga sesuai. Jangan guna bekas logam.

7. Sabun perlu disimpan selama 4 minggu untuk matang. Pada masa yang sama, ia perlu dibalikkan untuk mendedahkan setipa bahagian dengan angin.

8. Apabila sabun sudah matang, boleh dibalut dengan kertas minyak dan simpan dalam bekas kedap udara.
HASIL AKHIR SABUN
CIRI-CIRI DAN SPESIFIKASI ISLAM
- Sabun mesra muslim 100% halal dan suci
- Menggunakan bahan organik iaitu minyak kelapa sawit terpakai
- Kebersihan dilihat antara perkara penting dalam fikaq islam .
- Hidup yang bersih salah satunya adalah menjaga kebersihan tangan , kerana tangan adalah bahagian tubuh yang sangat sensitif dan dapat mudah menjadi tempat bersarangnya virus dan bakteria .
KEGUNAAN/KELEBIHAN KEPADA ORANG AWAM MENURUT ISLAM
- Keselamatan dari segi alergi, dematologi di uji.
- Bukan toksik kepada haiwan, tumbuhan & manusia.
- Memberi perlindungan segera dengan membunuh 99.99% virus, bakteria dan kuman.
- Dapat membasmi minyak hitam,gris,habok debu dan kotoran berkaitan automotif
- Lembut pada kulit dan menghilangkan bau yang tidak menyenangkan
HADIS DAN AYAT AL-QURAN TENTANG MENJAGA KEBERSIHAN DAN MENGELAKKAN KEBERSIHAN
Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 222: Maksudnya:”Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang yang sentiasa mensucikan diri”. Dari Abu Malik Al-Asya'ari RA katanya: Rasulullah SAW bersabda “Bersuci membersihkan diri (zahir dan batin) adalah setengah daripada iman.”
Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya'arie R.A beliau berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda: “Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir Al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan. Ucapan zikir Subhaanallah dan Al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi.Pembaziran atau pemborosan merupakan sifat yang tergolong dalam sifat berlebih-Iebihan atau melampaui batas. Sifat ini keji dan mendapat larangan keras dari Allah sebagaimana firman-Nya:
وَلَا تُبَذِّرْ تَبْذِيرًا (٢٦﴾ إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ ۖ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا
Maksudnya: Janganlah kamu membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya. [1]
Imam Ibn Kathir dalam tafsirnya menyebut: “Maksud saudara syaitan adalah seperti menyerupai sifat mereka, (yang suka membazir dan boros)”.[2]
KAITAN TEKNOLOGI DENGAN PERANAN SYARIAH ISLAMIAH
MEMELIHARA AGAMAAgama islam amat menitik beratkan kebersihan.Sebarang elemen yang boleh menggugat kesucian hendaklah dicegah sebelum ianya berlaku.
MEMELIHARA KETURUNAN
Agama islam menitikberatkan kebersihan, supaya dapat melahirkan generasi yang berdisiplin. Perkara ini supaya agama islam tidak dipandang rendah oleh orang lain.
MEMELIHARA NYAWANyawa manusia milik mutlak Allah SWT yang wajib kita hargai dan syukuri. Demgam penggunaan sabun ajaib ini, kita dapat menjaga kebersihan secara tidak langsung nyawa kita juga.
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan, kami nyatakan bahawa perbuatan pembaziran ini mestilah ditinggalkan. Hal ini kerana perbuatan ini jelas bercanggah dengan prinsip Islam, iaitu dengan berlaku adil pada harta yang dimiliki dengan meletakkan ia pada tempat yang sepatutnya.
Akhirnya, semoga Allah SWT memberikan kita kefahaman dalam memahami agama ini. Amin.
Wallahua`lam.
Resipi sabun minyak terpakai:
Cara-cara membuatnya:
1. Pastikan korang menggenakan sarung tangan dan juga penutup mata sebelum memulakan langkah mengendalikan lye.
2. Pastikan juga korang tidak menyedut wap yang terhasil. Kacau perlahan-lahan sehingga larutan menjadi jernih. Biarkan seketika sementara menyediakan bahan-bahan yang lain. Biarkan suhu bancuhan hingga menjadi suhu bilik.

3. Pada suhu yang sesuai, campurkan bancuhan lye ke dalam minyak perlahan-lahan dan kacau sehingga anggaran 5 minit. Kedua-dua bahan perlu bercampur rata sebelum anda perlu terus memukul larutan seperti membuat adunan kek (boleh juga gunakan pemukul telur atau whisk). Larutan dikira sempurna apabila ia menjadi likat dan meninggalkan kesan apabila ia ja tuh ke atas permukaan larutan tersebut.
4. Kacau dan kacau menggunakan whisk. Kalau kita gunakan minyak lebihan menggoreng memang bancuhan kita ni jadi oren pekat. Ianya tetap bahan semulajadi iaitu minyak.

5. Sebati sebegini bermaksud semua bahan tadi dah bersatu dan sekata.
6. Sekarang boleh masukkan dalam acuan ikut kesukaan masing-masing. Dalam projek kitar semula, biasanya kotak susu & santan UHT digunakan. Cawan kertas terpakai juga sesuai. Jangan guna bekas logam.

7. Sabun perlu disimpan selama 4 minggu untuk matang. Pada masa yang sama, ia perlu dibalikkan untuk mendedahkan setipa bahagian dengan angin.

8. Apabila sabun sudah matang, boleh dibalut dengan kertas minyak dan simpan dalam bekas kedap udara.
CIRI-CIRI DAN SPESIFIKASI ISLAM
- Sabun mesra muslim 100% halal dan suci
- Menggunakan bahan organik iaitu minyak kelapa sawit terpakai
- Kebersihan dilihat antara perkara penting dalam fikaq islam .
- Hidup yang bersih salah satunya adalah menjaga kebersihan tangan , kerana tangan adalah bahagian tubuh yang sangat sensitif dan dapat mudah menjadi tempat bersarangnya virus dan bakteria .
KEGUNAAN/KELEBIHAN KEPADA ORANG AWAM MENURUT ISLAM
- Keselamatan dari segi alergi, dematologi di uji.
- Bukan toksik kepada haiwan, tumbuhan & manusia.
- Memberi perlindungan segera dengan membunuh 99.99% virus, bakteria dan kuman.
- Dapat membasmi minyak hitam,gris,habok debu dan kotoran berkaitan automotif
- Lembut pada kulit dan menghilangkan bau yang tidak menyenangkan


Comments
Post a Comment