TUGASAN BERDASARKAN MASALAH
KENAPA ARAK DIHARAMKAN?
Penghargaan
Segala puji bagi Allah S.W.T serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Alhamdulillah, dengan limpah kurnia serta inayah darinya dapat juga kami menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan. Di sini, kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Ustazah Zunaidawati Bte Mat Daud iaitu pensyarah kami bagi subjek ini diatas bimbingan serta tunjuk ajar beliau sepanjang tempoh pembelajaran.Kami ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga khususnya kedua ibu dan bapa kami. Tanpa sokongan dan dorongan mereka, mustahil kajian ini dapat disempurnakan denganjayanya.
Seterusnya, tidak lupa juga kepada ahli-ahli kumpulan yang begitu cekal dan tabah sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini kerana banyak berkorban masa, tenaga dan kewangan. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Perpustakaan Politeknik Kota Bharu kerana telah memberikan kerjasama yang positif dan jitu. Begitu juga kepada sahabat-sahabat yang banyak memberi sokongan dan nasihat yang membina, kerana banyak dugaan serta cabaran yang telah kami tempuhi sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini.Pengorbanan mereka tidak dapat kami balas melainkan sekadar menghadiahkan kejayaan kami ini.Berkat doa dari mereka juga menjadi bekalan untuk kami terus maju dalam kehidupan.
Akhir kata dari kami, sekali lagi terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam tugasan ilmiah ini.Oleh yang demikian, kami mengharapkan agar maklumat yang kami perolehi ini dapat memberi sedikit sebanyak sumbangan dan maklumat kepada pembaca khususnya.
Pendahuluan
SHAH ALAM - Kes berkaitan pemandu mabuk di negara ini dilihat amat serius susulan terdapat trend peningkatan kes bagi tempoh tahun lalu dan enam bulan pertama tahun ini.
Pakar Keselamatan Jalan Raya, Profesor Dr Kulanthayan KC Mani berkata, trend peningkatan kes itu dilihat ketara berbanding tahun 2018.
Beliau berkata, malah pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini menyebut jumlah kes berkaitan pemandu mabuk pada dua suku pertama tahun ini hampir sama dengan jumlah seluruh kes pada tahun lepas.
"Keadaan itu jelas menunjukkan ada trend peningkatan, malah dari segi isu kematian ia banyak melibatkan orang di luar kenderaan seperti pengguna jalan raya lain serta pejalan kaki berbanding pemandu mabuk itu sendiri.
"Disebabkan itu, kes berkaitan pemandu mabuk ini menjadi satu isu yang penting serta menarik perhatian," katanya pada program bual bicara langsung di Universiti Putra Malaysia (UPM) bertajuk Sindrom Pemandu Mabuk hari ini.
Dipetik daripada SINAR HARIAN(17 JUN 2020)
Ayat Al-Quran dan hadith berkaitan pengharaman arak dalam islam
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”
(al-Maidah: 90)
Setiap perkara yang memabukkan adalah haram
كُلُّ شَرَابٍ أَسْكَرَ فَهُوَ حَرَامٌ
“Semua yang memabukkan adalah haram.”
(Riwayat Bukhari (5263) dan Muslim (2001))
مَا أَسْكَرَ كَثِيرُهُ فَقَلِيلُهُ حَرَامٌ
“Apa-apa yang memabukkan dalam jumlah yang banyak adalah diharamkan walau dalam jumlah yang sedikit.”
(Kitab Sunan Ibnu Majah jl. 3, Kitab memabukkan, bab 30. hadis no. 3392)
Hukum islam yang berkaitan(pendapat ulama)
Menurut ijmak ulamak, pengharaman arak adalah kerana ia memabukkan sekalipun dalam jumlah yang sedikit. Oleh itu, pengharaman tersebut mestilah sama atas semua minuman yang memabukkan tanpa perbezaan walau apa jua asalnya.
Akta 559
Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 Bahagian II – Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Kesucian Agama Islam Dan Institusinya
Seksyen 19.
Minuman yang memabukkan.
(1) Mana-mana orang yang, di mana-mana kedai atau tempat awam lain, minum apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
(2) Mana-mana orang yang membuat, menjual, menawarkan atau mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) – HARAKAHDAILY 1/11/2021
Keburukan arak menurut islam
Allah telah menyatakan di dalam sepotong ayat di dalam al-Quran yang membawa maksud
bahawa arak itu mempunyai kebaikan dan keburukan. Namun, keburukan dan kesan buruk yang
terdapat pada arak itu lebih banyak berbanding dengan kebaikan yang ada padanya. Sepertimana
pengertian perkataan arak itu sendiri yang bermaksud menutupi, iaitu menutupi akal manusia.
Maka jelaslah bahawa arak memberi kesan yang buruk kepada akal kerana ia dapat
menghilangkan kewarasan pemikiran peminum arak. Oleh sebab itu, peminum arak dikenakan
hukuman sebatan kerana kesan daripada mabuk itu bukan sahaja merosakkan diri sendiri, bahkan
kesannya juga akan melibatkan orang di sekeliling yang serta melibatkan kebencian dan permusuhan
sesama manusia. Malah jumhur Fuqaha’ bersetuju bahawa arak merupakan ibu segala kejahatan (alJaziri 2002: 5/394).
Kajian sains tentang pengharaman arak
Alkohol berasal daripada kalimah bahasa Arab iaitu al-kuhul yang bermaksud intipati.
Ia merupakan cecair yang mudah terbakar dan memabukkan (terdapat di dalam
minuman keras dan lain-lain). Ia juga bererti minuman keras.
1 Manakala dalam ilmu
kimia, alkohol diertikan sebagai sebatian organik atau hidrokarbon yang mempunyai
kumpulan fungsi (-OH). 2 Alkohol mempunyai kepentingan yang tersendiri dalam
pelbagai industri. Malah ia merupakan sebatian yang amat penting di dalam
pemprosesan atau penghasilan sesuatu produk seperti ubat-ubatan, kosmetik, makanan,
minyak wangi dan lain-lain. Ia juga merupakan komponen utama di dalam minuman
keras. Namun, hukum penggunaannya akan berubah dengan berubahnya „illah dan
faktor-faktor luaran.
Disertasi ini membincangkan isu berkaitan penggunaan alkohol (etanol) dalam
pemakanan menurut perspektif syarak. Isu alkohol merupakan isu yang sering
dibincangkan di peringkat tempatan mahaupun antarabangsa. Ia sangat berkait rapat
dengan isu arak. Situasi ini berlaku disebabkan wujudnya dakwaan mengatakan bahawa
penggunaan alkohol adalah haram. Apabila bercakap tentang alkohol sudah pasti terbit
dalam minda adalah haram, walhal tidak semua alkohol itu haram. Ini kerana mereka mentafsirkan alkohol itu adalah al-khamr sedangkan ia mempunyai maknanya
tersendiri.
Namun, segelintir golongan mempunyai pemahaman yang mendalam dalam isu
ini dan menyangkal dakwaan di atas dengan mengatakan bahawa penggunaan alkohol
adalah harus. Ini disebabkan ia bergantung kepada tahap peratusannya dan juga niat
penggSeiring perkembangan sains dan teknologi, pelbagai isu baru timbul dan memerlukan kepada penentuan hukum. Begitu juga alkohol (etanol) yang semakin digunakan secara berleluasa dalam industri-industri bahan api, pembuatan kosmetik, ubat-ubatan, minyak wangi, makanan dan minuman dan sebagainya. Kekeliruan mengenai alkohol masih lagi berlaku dalam masyarakat Islam khususnya di Malaysia. Alkohol difahami oleh mereka secara umum sebagai arak. Olehyang demikian sesuatu yang berkaitan dengan alkohol akan menimbulkan keraguan.
Istilah „alkohol‟ akan memberi gambaran sesuatu itu haram digunakan. Oleh ituunaan alkohol tersebut. Justeru, disertasi ini bertujuan untuk mengkaji
sejauhmanakah kebenaran dakwaan yang dibuat oleh dua golongan tersebut. Antara
perbincangan yang disentuh dalam disertasi ini ialah tentang konsep arak dari perspektif
Islam dan konsep alkohol. Selain itu, pengkaji akan mengenalpasti beberapa jenis
makanan dan minuman yang mengandungi etanol dan menjalankan kaedah
pemprosesan secara fermentasi. Ini adalah kerana etanol akan wujud di dalam makanan
yang melalui proses fermentasi. Seterusnya menilai hukum penggunaan etanol di dalam
makanan dan minuman tersebut. penggunan alat kosmetik, minyak wangi, ubat-ubatan dan sebagainya yang melibatkan
alkohol haram digunakan. Begitu juga penggunaan alkohol (etanol) dalam makanan dan
minuman masih dalam keraguan.
Industri minuman dan makanan banyak menggunakan bahan perisa dan pewarna.
Secara umumnya, etanol atau etil alkohol berfungsi sebagai pelarut untuk
pengekstrakan bahan pewarna dan perisa serta penstabil minuman ringan dalam industri
makanan dan minuman. Masalah timbul, apakah hukum etanol yang digunakan sebagai
pelarut bahan perisa dan pewarna dalam makanan dan minuman? Bagaimanakah status
hukum makanan dan minuman yang menggunakan bahan perisa dan pewarna tersebut?
Pengharaman arak telah diketahui umum adalah haram secara qat`i. Ia
diharamkan kerana wujudnya nas-nas yang mengharamkannya serta „illah
memabukkan. Kini, kajian kimia mendapati arak itu mabuk disebabkan kandungan
alkohol (dikenali sebagai etanol atau etil alkohol) yang terdapat di dalamnya. Namun,
persoalannya, adakah makanan dan minuman yang mengandungi alkohol (etanol) juga
turut diharamkan?Kebanyakan masyarakat tidak menyedari hakikat bahawa makanan dan
minuman yang dimakan oleh mereka seharian mengandungi alkohol (etanol). Mungkin
juga ia merupakan salah satu daripada makanan kegemaran mereka seperti tapai, tempe,
kicap, sos, keju, yogurt, minuman kordial, aiskrim, roti, kek, dadih, pekasam, budu,
cencaluk dan lain-lain lagi. Hanya segelintir sahaja yang menyedari makanan dan
minuman tersebut mengandungi alkohol (etanol). Maka, pelbagai persepsi dan penilaian
hukum dibuat. Oleh demikian, pengkaji juga ingin mengkaji beberapa sampel makanan
dan minuman yang mengandungi alkohol (etanol) iaitu tempe, kicap dan tapai.
Titik pertemuan antara hasil kajian sains dan hukum islam yang membuktikan kebenaran islam dalam pengharaman arak.
Sebagai negara majoriti orang Islam, gejala minum arak tidak seharusnya berlaku, terutama dalam kalangan umat Islam.
Namun, dapatan kajian menunjukkan masalah ini berlaku, malah lebih mengejutkan ia turut membabitkan pelajar dan generasi muda. Ini hakikat sukar diterima kerana hukum minuman memabukkan jelas di sisi Islam, iaitu haram.
Ketegasan Islam mengharamkan arak kerana kemudaratannya adalah satu bentuk peraturan bersandarkan justifikasi kukuh dan rasional.
Dalam al-Quran, minuman memabukkan dirujuk sebagai khamr. Dalam surah al-Maidah ayat ke-90, Allah SWT menggambarkan khamr sebagai al-rijs, iaitu kotoran atau najis yang termasuk dalam perbuatan syaitan dan pencetus permusuhan (al-'adawah) dan benci-membenci (al-baghda').Hal ini berlaku apabila orang mabuk akan kehilangan kewarasan. Justeru, lahir pula perkataan dan perbuatan buruk yang menyakiti hati manusia.
Ia memungkinkan pembunuhan, pergaduhan, rompakan, kefasikan, penyebaran rahsia dan pengkhianatan terhadap pemerintah serta negara seperti disebut dalam Tafsir Al-Maraghiy dan Tafsir HAMKA.Justifikasi pengharaman arak turut disokong kajian ketika mengaitkan kesan bahaya pengambilan arak ke atas peminum dan persekitaran peminum serta masyarakat keseluruhan.
Ini termasuk kesan sosial dan ekonomi. Kesan sosial merujuk kos terpaksa ditanggung masyarakat dan persekitaran peminum, sekali gus tidak secara eksklusif ditanggung peminum arak sahaja.
Kos sosial lebih menjurus kepada kesan terhadap kesejahteraan masyarakat seperti kemalangan jalan raya, masalah di tempat kerja, kemiskinan, kesihatan, keganasan rumah tangga dan kegagalan melaksanakan peranan sosial terhadap keluarga.
Seterusnya, kesan sosial akan memberi impak negatif terhadap aspek ekonomi secara keseluruhan. Hal ini wujud kerana aspek sosial ialah unsur penting yang boleh mempengaruhi produktiviti dan mutu penghasilan kerja masyarakat serta negara.
Di negara ini, dapatan kajian dan kutipan data dibuat oleh Assunta, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Kesihatan (KKM) turut senada dengan dapatan kajian dilakukan pada peringkat antarabangsa.
Selain memburukkan isu kemiskinan dan menyebabkan rumah tangga porak peranda, pengambilan arak juga antara penyebab berlaku kemalangan jalan raya di negara ini.
Menurut MIROS, pemandu mabuk 13 kali lebih berkemungkinan menyebabkan kemalangan berbanding pemandu tidak di bawah pengaruh alkohol.
Menurut statistik PDRM, bagi tempoh 2014 sehingga 2018, sebanyak 637 kematian berpunca kemalangan membabitkan pemandu memandu di bawah pengaruh alkohol direkodkan.
Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 yang dibuat oleh Institut Kesihatan Umum KKM, 11.8 peratus penduduk mengambil alkohol dengan 45.8 peratus mengambilnya secara mudarat atau sehingga mabuk.
NHMS 2019 turut melaporkan pengambilan alkohol juga menjadi penyebab kepada kematian akibat kemalangan jalan raya di negara ini, iaitu 17.6 peratus lelaki dan wanita (10.9 peratus); sirosis hati (lelaki 16.8 peratus dan wanita 16.2 peratus) serta kanser (lelaki 2.2 peratus dan wanita 0.6 peratus).
Terdapat data kemasukan ke hospital di bawah KKM menunjukkan 48 peratus daripadanya akibat kecelaruan mental dan tingkah laku berpunca pengambilan substan psikoaktif berpunca pengambilan alkohol.
Islam mengharamkan penganutnya meminum arak. Meskipun al-Quran mengakui manfaat yang ada pada arak, ia juga menegaskan mudarat terhasil daripada pengambilan arak lebih besar.
Hikmah pengharaman arak mempunyai kaitan dengan aspek penjagaan akal atau hifz al-aql yang terkandung dalam maqasid (tujuan) syariah.
Apabila manusia hilang kewarasan akal, pelbagai kesan buruk akan timbul. Daripada hanya kesan terhadap penjagaan akal, kemudaratan arak menular kepada aspek penjagaan agama, keturunan, jiwa dan harta.
Di sini impak negatif pengambilan arak dimanifestasikan, antara lain menerusi keganasan rumah tangga, kemalangan jalan raya, kemiskinan, pergaduhan, masalah kesihatan dan masalah prestasi kerja.
Dengan kata lain pengharaman arak oleh Islam bersandarkan justifikasi kukuh, rasional dan boleh diterima orang berakal waras tidak mengira agama.
Arak boleh menghilangkan maslahah atau unsur kebaikan dalam kehidupan manusia. Mungkin sudah tiba masanya kita melihat kembali aspek perundangan syariah dan sivil, peraturan penjualan dan penguatkuasaan berkaitan arak untuk melihat ruang yang boleh ditambah baik.
Ia untuk memastikan isu pengambilan arak dalam kalangan masyarakat dapat ditangani demi mewujudkan bangsa sihat dan sejahtera.
Kesimpulan
Kesimpulannya kita sebagai individu mestilah menjauhi pengambilan arak. Sebagai keluarga kita perlulah memberi kesedaran kepada ahli keluarga kita tentang keburukan arak terhadap mental dan fizikal kita. Sebagai masyarakat yang prihatin kita haruslah membanteras pengedaran arak dalam kalangan anak-anak muda dan remaja agar mereka tidak terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
Oleh itu, hindari arak anda dijamin kebahagian di dunia dan diakhirat kelak. Bak kata pepatah melayu sediakan payung sebelum hujan iaitu kita perlulah berjaga-jaga tentang isu arak.
Comments
Post a Comment